~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Sunday 22 May 2011

TIPS: AMBIL GAMBAR DIWAKTU CUACA CERAH

Ramai yang bermasalah untuk mendapatkan gambar yang terbaik pada ketika cuaca cerah di siang hari atau panas terik. Ini kerana kemungkinan gambar yang dihasilkan membuatkan cahaya yang terlampau dalam gambar kita. Bagi mendapatkan gambar yang terbaik pada waktu siang hari yang cerah anda hanya perlu mempraktikkan kaedah 'Sunny 16 Rule' 

Apa itu Sunny 16 Rule?
Mungkin ada antara kita yang tak pernah dengar atau first time dengar. Kalau nak diterjemahkan dalam Melayu lebih kurang Peraturan 16 Cuaca Cerah. Takda masalah kalau anda ada panduan meter cahaya. tapi kalau tak ada kita boleh gunakan Sunny 16 Rule ini. Macamana tu? Rule ini adalah panduan untuk kita set aperture, shutter speed dan ISO pada keadaan cahaya di siang hari. 


Asas SUNNY 16 RULE ialah:-
1) Gunakan f16 aperature lens anda.
2) Pemilihan shutter speed mestilah lebih kurang sama dengan ISO yg dipilih.
3) Contoh senang; jika kita pilih ISO 100, tetapkan shutter speed pada 1/125. Lagi baik nombor shutter speed lebih tinggi sedikit dari nombor ISO. Untuk memudahkan kita ingat, gunakan formula ‘ISO = shutter speed’.  Gambar pasti mengancam.
Tetapi macamana pulak kalau cuaca mendung di siang hari pulak?  Jawapannya, anda perlu tukar bukaan aperture kepada lebih besar; contohnya ke f11. kena selalu ingat, ISO dan shutter speed nombornya mesti tidak jauh beza.
 Contoh yang kita gunakan untuk ‘Sunny 16 Rule ni adalah F16, ISO100 dan shutter speed 1/125. tapi untuk keadaan lain seperti dibawah leh cuba:-


f/16: matahari terik di kawasan lapang, contohnya tepi pantai atau padang
f/11: matahari terik di kawasan terlindung, contohnya tengah bandar
f/8: cuaca cerah, matahari di sebalik awan atau pokok
f/5.6: cuaca mendung
f/4: hujan atau sunset
f/2.8: indoor


Selamat Mencuba

Friday 20 May 2011

KOLEKSI FOTO

Mentari

Duit-duit

Kehijauan

Chinese New Year

Air Kristal

60-an

Waterfall
Blue Sky
Renungan Mata
Masjid Sultan Abu Bakar (1)
Sunshine

Kehausan
Bulan Mengambang

Kasih Ibu
Bunga

Masjid Sultan Abu Bakar (2)

One Way to Moon
Kanak-Kanak Riang
Bungaan
Lukisan Alam
Lotus
Masjid Sultan Abu Bakar (3)
























CARA MEMBUAT TEMPAHAN & PEMBAYARAN

Cara Membuat Tempahan

Tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui kaedah berikut:-
  • Melalui email kepada  lensamukmin@yahoo.com
  • Melalui Facebook klik DI SINI      
  • Melalui SMS ke nombor 017-7249723
Sila nyatakan maklumat tempahan anda :-
· Kod Produk & Nama Produk
· Nama Anda
· Alamat lengkap untuk penghantaran
· No telefon atau email bagi memudahkan kami menghubungi anda
Sebaik menerima tempahan anda, kami akan menyemak tempahan tersebut dan akan memberikan pengesahan kepada anda melalui email/sms. Anda boleh membuat bayaran selepas menerima pengesahan daripada kami.
Kami akan memaklumkan jumlah keseluruhan termasuk kos penghantaran. Selepas anda menerima pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan bagi tempoh 3 hari sahaja. Selepas dari tempoh tersebut, sekiranya tiada bayaran dibuat tempahan tersebut dianggap terbatal .
Cara Pembayaran
Setelah membuat tempahan dan mendapat pengesahan tempahan daripada kami. Anda boleh membuat bayaran melalui kaedah-kaedah tersebut:-
Cash Deposit/ Online Transfer ( Pindahan Wang Secara Online )
Maybank2U
No Akaun :  ( Kami akan berikan setelah anda membuat tempahan)
Email : lensamukmin@yahoo.com
Selepas membuat bayaran, sila email lensamukmin@yahoo.com atau sms 017-7249723 maklumat berikut :-
1. Nama Anda
2. Kod pengesahan
3. Nombor rujukan online banking/ cash deposit
4. Jenis bank yang digunakan
(Anda digalakkan untuk lampirkan butir-butir resit online transfer anda)


Setelah bayaran diterima kami akan buat penghantaran dengan segera dan kami akan berikan anda nombor rujukan pengeposan. Terima Kasih