~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Sunday 22 May 2011

TIPS: AMBIL GAMBAR DIWAKTU CUACA CERAH

Ramai yang bermasalah untuk mendapatkan gambar yang terbaik pada ketika cuaca cerah di siang hari atau panas terik. Ini kerana kemungkinan gambar yang dihasilkan membuatkan cahaya yang terlampau dalam gambar kita. Bagi mendapatkan gambar yang terbaik pada waktu siang hari yang cerah anda hanya perlu mempraktikkan kaedah 'Sunny 16 Rule' 

Apa itu Sunny 16 Rule?
Mungkin ada antara kita yang tak pernah dengar atau first time dengar. Kalau nak diterjemahkan dalam Melayu lebih kurang Peraturan 16 Cuaca Cerah. Takda masalah kalau anda ada panduan meter cahaya. tapi kalau tak ada kita boleh gunakan Sunny 16 Rule ini. Macamana tu? Rule ini adalah panduan untuk kita set aperture, shutter speed dan ISO pada keadaan cahaya di siang hari. 


Asas SUNNY 16 RULE ialah:-
1) Gunakan f16 aperature lens anda.
2) Pemilihan shutter speed mestilah lebih kurang sama dengan ISO yg dipilih.
3) Contoh senang; jika kita pilih ISO 100, tetapkan shutter speed pada 1/125. Lagi baik nombor shutter speed lebih tinggi sedikit dari nombor ISO. Untuk memudahkan kita ingat, gunakan formula ‘ISO = shutter speed’.  Gambar pasti mengancam.
Tetapi macamana pulak kalau cuaca mendung di siang hari pulak?  Jawapannya, anda perlu tukar bukaan aperture kepada lebih besar; contohnya ke f11. kena selalu ingat, ISO dan shutter speed nombornya mesti tidak jauh beza.
 Contoh yang kita gunakan untuk ‘Sunny 16 Rule ni adalah F16, ISO100 dan shutter speed 1/125. tapi untuk keadaan lain seperti dibawah leh cuba:-


f/16: matahari terik di kawasan lapang, contohnya tepi pantai atau padang
f/11: matahari terik di kawasan terlindung, contohnya tengah bandar
f/8: cuaca cerah, matahari di sebalik awan atau pokok
f/5.6: cuaca mendung
f/4: hujan atau sunset
f/2.8: indoor


Selamat Mencuba

Friday 20 May 2011

KOLEKSI FOTO

Mentari

Duit-duit

Kehijauan

Chinese New Year

Air Kristal

60-an

Waterfall
Blue Sky
Renungan Mata
Masjid Sultan Abu Bakar (1)
Sunshine

Kehausan
Bulan Mengambang

Kasih Ibu
Bunga

Masjid Sultan Abu Bakar (2)

One Way to Moon
Kanak-Kanak Riang
Bungaan
Lukisan Alam
Lotus
Masjid Sultan Abu Bakar (3)
























CARA MEMBUAT TEMPAHAN & PEMBAYARAN

Cara Membuat Tempahan

Tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui kaedah berikut:-
  • Melalui email kepada  lensamukmin@yahoo.com
  • Melalui Facebook klik DI SINI      
  • Melalui SMS ke nombor 017-7249723
Sila nyatakan maklumat tempahan anda :-
· Kod Produk & Nama Produk
· Nama Anda
· Alamat lengkap untuk penghantaran
· No telefon atau email bagi memudahkan kami menghubungi anda
Sebaik menerima tempahan anda, kami akan menyemak tempahan tersebut dan akan memberikan pengesahan kepada anda melalui email/sms. Anda boleh membuat bayaran selepas menerima pengesahan daripada kami.
Kami akan memaklumkan jumlah keseluruhan termasuk kos penghantaran. Selepas anda menerima pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan bagi tempoh 3 hari sahaja. Selepas dari tempoh tersebut, sekiranya tiada bayaran dibuat tempahan tersebut dianggap terbatal .
Cara Pembayaran
Setelah membuat tempahan dan mendapat pengesahan tempahan daripada kami. Anda boleh membuat bayaran melalui kaedah-kaedah tersebut:-
Cash Deposit/ Online Transfer ( Pindahan Wang Secara Online )
Maybank2U
No Akaun :  ( Kami akan berikan setelah anda membuat tempahan)
Email : lensamukmin@yahoo.com
Selepas membuat bayaran, sila email lensamukmin@yahoo.com atau sms 017-7249723 maklumat berikut :-
1. Nama Anda
2. Kod pengesahan
3. Nombor rujukan online banking/ cash deposit
4. Jenis bank yang digunakan
(Anda digalakkan untuk lampirkan butir-butir resit online transfer anda)


Setelah bayaran diterima kami akan buat penghantaran dengan segera dan kami akan berikan anda nombor rujukan pengeposan. Terima Kasih

TIPS: KESAN ZOOM PADA GAMBAR



Tentunya ramai yang ingin tahu bagaimana mengambil gambar yang kelihatan seakan-akan zoom seperti di atas. Latar belakang gambar akan kelihatan bergerak dengan pantas. Mudah saja apa yg anda perlu lakukan hanyalah:-

1) Tentukan subjek yang hendak dirakam. contohnya orang
2) letakkan kamera di atas tripod dan halakan ke arah subjek. / kalau tak pakai tripod pun boleh tp gambar akan sedikit goyang
3) Gunakan mode Shutter priority atau mode manual dan setkan ke shutter speed yang perlahan ( contohnya 3 saat)
4) Gunakan iso yang rendah dan aperture yang kecil ( kalau guna mode shutter priority aperture akan di set secara automatik).
5) semasa menekan shutter dalam masa yang sama anda pulaskan barrel lens dengan perlahan. gambar akan dapat kesan zoom.

kesan zoom pada gambar ini merupakan salah satu kaedah "slow shutter" yang amat menarik untuk di cuba. Selamat Mencuba


TIPS: MENGAMBIL GAMBAR LANGIT BIRU

Hoya Digital Circular Polarizer CPL Lens Filter Protector


Bagi mendapatkan kesan gambar langit yang cantik membiru dan awan seputih salju anda tidak perlu bersusah payah duduk di depan komputer untuk edit setiap gambar yang anda ambil. Anda pastinya akan berpuashati sekiranya lensa anda di lengkapi dengan Digital Circular Polarizer CPL Lens Filter Protector.

Selain daripada bertindak sebagai kaca mata hitam bagi lensa anda ia juga berperanan melindungi lensa anda daripada cahaya yang keterlaluan yang akan merosakkan imej anda kerana kamera anda sangat sensitif dengan refleksi cahaya. Dengan menggunakan Polarizer filter, imej yang anda ambil adalah lebih jelas, redup dan menarik. langit akan kelihatan membiru dan awan akan memutih salju,kesan refleksi di air juga dapat dikurangkan kerana silau dapat dikurangkan semaksimum boleh dengan penggunaan 'kaca mata hitam' ini. Jangan risau HOYA polarizer filter ini tidak akan menjejaskan keseimbangan warna imej anda. Penggunaannya secara tidak langsung dapat mengimbangi contras dan situration gambar anda. 

Anda boleh lihat sendiri kesan penggunaan polarizer filter ini dalam gambar di bawah:-











KETERANGAN PRODUK

CODE : LM005 HOYA POLARIZER FILTER

SIZE                                                          PRICE

52MM HOYA POLARIZER FILTER = RM156.00

55MM HOYA POLARIZER FILTER = RM159.00

58MM FHOYA POLARIZER FILTER = RM168.00

62MM HOYA POLARIZER FILTER = RM195.00

67MM HOYA POLARIZER FILTER = RM208.00

                                                                        72MM HOYA POLARIZER FILTERL = RM215.00

                                                                        77MM HOYA POLARIZER FILTERL = RM249.00

                                                                        82MM HOYA POLARIZER FILTER = RM300.00

UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN & PEMBAYARAN SILA KLIK DI SINI 

Thursday 19 May 2011

JUALAN AKSESORI : FLOWER PETAL LENS HOOD



 Flower Petal Lens Hood

  • Crown Shape Lens Hood fits all lens / filters,(take note on the diameter size)
  • This can lower the contrast of the image
  • Enables you to shoot towards the light source, and being reflected inside the lens, without excessive flare
  • Stops light coming into the lens at extreme angles and being reflected inside the lens
Remark:You can check your lens size on the lens itself, normally it is stated วพ52,55....etc

Features and specifications are subject to change without prior notification.






CODE : LM004 FLOWER PETAL

SIZE                                 PRICE
46MM FLOWER PETAL = RM35.00

49MM FLOWER PETAL = RM35.00

52MM FLOWER PETAL = RM35.00

55MM FLOWER PETAL = RM35.00

58MM FLOWER PETAL = RM35.00

62MM FLOWER PETAL = RM35.00

67MM FLOWER PETAL = RM35.00

72MM FLOWER PETAL = RM38.00

77MM FLOWER PETAL = RM38.00

82MM FLOWER PETAL = RM38.00





UNTUK TEMPAHAN & PEMBAYARAN SILA KLIK DI SINI