~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Sunday 22 May 2011

TIPS: AMBIL GAMBAR DIWAKTU CUACA CERAH

Ramai yang bermasalah untuk mendapatkan gambar yang terbaik pada ketika cuaca cerah di siang hari atau panas terik. Ini kerana kemungkinan gambar yang dihasilkan membuatkan cahaya yang terlampau dalam gambar kita. Bagi mendapatkan gambar yang terbaik pada waktu siang hari yang cerah anda hanya perlu mempraktikkan kaedah 'Sunny 16 Rule' 

Apa itu Sunny 16 Rule?
Mungkin ada antara kita yang tak pernah dengar atau first time dengar. Kalau nak diterjemahkan dalam Melayu lebih kurang Peraturan 16 Cuaca Cerah. Takda masalah kalau anda ada panduan meter cahaya. tapi kalau tak ada kita boleh gunakan Sunny 16 Rule ini. Macamana tu? Rule ini adalah panduan untuk kita set aperture, shutter speed dan ISO pada keadaan cahaya di siang hari. 


Asas SUNNY 16 RULE ialah:-
1) Gunakan f16 aperature lens anda.
2) Pemilihan shutter speed mestilah lebih kurang sama dengan ISO yg dipilih.
3) Contoh senang; jika kita pilih ISO 100, tetapkan shutter speed pada 1/125. Lagi baik nombor shutter speed lebih tinggi sedikit dari nombor ISO. Untuk memudahkan kita ingat, gunakan formula ‘ISO = shutter speed’.  Gambar pasti mengancam.
Tetapi macamana pulak kalau cuaca mendung di siang hari pulak?  Jawapannya, anda perlu tukar bukaan aperture kepada lebih besar; contohnya ke f11. kena selalu ingat, ISO dan shutter speed nombornya mesti tidak jauh beza.
 Contoh yang kita gunakan untuk ‘Sunny 16 Rule ni adalah F16, ISO100 dan shutter speed 1/125. tapi untuk keadaan lain seperti dibawah leh cuba:-


f/16: matahari terik di kawasan lapang, contohnya tepi pantai atau padang
f/11: matahari terik di kawasan terlindung, contohnya tengah bandar
f/8: cuaca cerah, matahari di sebalik awan atau pokok
f/5.6: cuaca mendung
f/4: hujan atau sunset
f/2.8: indoor


Selamat Mencuba