~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Friday 20 May 2011

TIPS: KESAN ZOOM PADA GAMBAR



Tentunya ramai yang ingin tahu bagaimana mengambil gambar yang kelihatan seakan-akan zoom seperti di atas. Latar belakang gambar akan kelihatan bergerak dengan pantas. Mudah saja apa yg anda perlu lakukan hanyalah:-

1) Tentukan subjek yang hendak dirakam. contohnya orang
2) letakkan kamera di atas tripod dan halakan ke arah subjek. / kalau tak pakai tripod pun boleh tp gambar akan sedikit goyang
3) Gunakan mode Shutter priority atau mode manual dan setkan ke shutter speed yang perlahan ( contohnya 3 saat)
4) Gunakan iso yang rendah dan aperture yang kecil ( kalau guna mode shutter priority aperture akan di set secara automatik).
5) semasa menekan shutter dalam masa yang sama anda pulaskan barrel lens dengan perlahan. gambar akan dapat kesan zoom.

kesan zoom pada gambar ini merupakan salah satu kaedah "slow shutter" yang amat menarik untuk di cuba. Selamat Mencuba