~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Tuesday 17 May 2011

TIPS: MEMAHAMI MAKSUD WHITE BALANCE



White balance adalah aspek penting dalam dunia fotografi dan mempengaruhi hasil akhir gambar. Alasan kenapa kita perlu memahami white balance adalah kerana kita ingin warna foto kita setepat mungkin. Jadi, white balance berpengaruh terhadap warna gambar.



Untuk lebih jelas sila lihat contoh gambar dibawah ini sebagai perbandingan:-

GAMBAR A
GAMBAR B
GAMBAR C



Ketiga foto diatas adalah foto yang sama . Saya hanya menukar setting white balance-nya dan hasilnya: ketiganya sangat berbeza warnanya. Gambar A nampak sangat kebiruan, gambar B terlihat cukup normal dan gambar C terlihat kekuning-kuningan.




Perhatikan warna cahaya ketiga-tiga gambar di atas, berbeza bukan? itu kerana masing-masing mempunyai "suhu warna" yang berbeza. Cahaya yang kekuningan disebut hangat sementara cahaya yang kebiruan disebut sejuk.




Alasan kenapa kamera memerlukan setting white balance adalah kerana kita memotret dalam keadaan pencahayaan yang berubah-rubah. Mata kita adalah anugerah yang tidak tertanding dan sebagai alat yang mampu menyesuaikan diri (mengimbangi) terhadap perubahan warna cahaya, jadi kertas putih di mana-mana akan kelihatan putih bagi kita. Namun kamera tidaklah sehebat mata, kerana itu kertas putih belum tentu terlihat putih bagi kamera dalam warna pencahayaan yang berbeza.




Jadi tujuan setting white balance adalah memerintahkan kamera untuk mengenali suhu sumber cahaya yang ada. Supaya yang putih terlihat putih, merah terlihat merah dan hijau terlihat hijau, atau dengan kata lain agar kamera merakam warna objek secara tepat dalam keadaan pencahaayan apapun.


Bagaimana Cara Setting White Balance?

Setiap kamera mempunyai cara setting yang berbeza, oleh kerana itu anda harus merujuk pada buku manual jika memang setakat ini belum menemukan caranya. Kalau anda masih bingung, gunakan mode auto white balance. Kamera mungkin tidak selalu betul tetapi biasanya ia boleh membantu.


Preset
Anda juga boleh menggunakan preset jika memang terdapat di kamera anda:

Auto - kamera akan meneka suhu warna. Anda boleh menggunakannya dalam kebanyakan situasi, tetapi tidak disetiap situasi (misal: memotret saat sunset / sunrise)

Tungsten - disimbolkan dengan ikon bulb. Oleh itu, sesuai digunakan ketika anda mengambil gambar  di bilik dengan sumber cahaya bulb.

Fluorescent - disimbolkan dengan ikon lampu neon, gunakan ketika anda mengambil gambar di bilik dengan pencahayaan lampu neon.

Daylight - biasanya dengan simbol matahari, gunakan ketika berada di bawah sinar matahari

Cloudy - disimbolkan dengan awan, gunakan ketika memotret di cuaca mendung

Flash - simbolnya kilat, jika anda menggunakan lampu flash (strobe) gunakan preset ini.

Shade - biasanya simbolnya rumah atau pokok, gunakan ketika memotret dalam rumah (siang hari) atau anda berada di kawasan berbayang - bukan sinar matahri langsung.

Cara Setting White Balance Secara Manual
Beberapa kamera, terutama SLR, menyediakan kemudahan setting white balance manual. Setting manual adalah cara paling tepat jika kita bingung dengan suhu warna sumber cahaya kita. Ini biasanya terjadi dalam pemotretan dengan sumber pencahayaan yang lebih kompleks (lebih dari satu jenis suhu warna).

Kita boleh memanfaatkan kertas putih untuk tujuan ini. Set white balace mode di custom atau manual, kemudian arahkan kamera supaya snap gambar kertas putih tadi. Kamera akan mengesan warna putih dan menyimpan suhu, akan muncul pengesahan di skrin LCD kamera kalau setting sudah OK.