~Berkongsi maklumat, info, tips dan menawarkan produk-produk aksesori dalam dunia fotografi dan digital~

Thursday 19 May 2011

TIPS: MEMILIH MODE DAN SCENE YANG BERSESUAIAN

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena fotografi pastinya perkara asas yang perlu anda ketahui adalah kegunaan mode auto dan scene pada kamera anda. Anda perlu tahu ketika dan masa yang sesuai untuk memilih mode auto dan scene yg sesuai. Kebanyakan SLR mempunyai mode auto dan scene yang lebih kurang sama walaupun berlainan jenama. 

Kebiasaannya bagi mereka yang baru, pastinya anda hanya akan menggunakan mode auto sebagai mode pilihan anda kerana anda kurang pasti mode apakah yang sesuai digunakan. Jangan risau mode auto sememangnya membolehkan anda mendapatkan gambar yang baik kerana anda tidak perlu bersusah memikirkan pilihan pencahayaan dan sebagainya sebaliknya kamera akan berfikir untuk anda.

Akan tetapi jika anda inginkan kelainan dalam foto yang diambil dan mengasah kreteviti anda pastinya mode manual boleh digunakan. Akan tetapi jika anda masih juga ragu-ragu anda boleh memilih Semi- Auto mode yang ada di kamera anda.


Tetapi apa itu Semi-Auto Mode?
Ianya mode yang memerlukan input daripada anda. Dimana, anda yang akan menentukan input seperti Shutter Speed atau Aperture Opening.  Bagaimana anda nak kenal semi-auto mode tu? Anda tentu nampak dial yang mempunyai simbol abjad seperti Av, Tv, A atau P (*ianya akan berbeza mengikut pembuat kamera. ).




Baiklah mari kita lihat mode auto dan semi-auto mode scene yang terdapat di SLR anda:
  1. Mode Auto (A) Mode auto ini bermaksud semua setting dan kawalan kamera adalah secara automatik iaitu (shutter-aperture-ISO-White Balance & Flash jika ada) telah tersedia umtuk anda.Anda cuma perlu snap sahaja. Kamera akan berusaha megimbas imej dengan  sebaiknya  serta kondisi cahayanya dan menentukan semua aturan setting diatas. Mode ini efektif untuk mereka yang baru, tetapi hanya menghasilkan foto yang biasa namun bukan luar biasa
  1. Mode Portrait (biasa dilambangkan dengan ikon dengan kepala wanita)Kamera akan memilih DOF yang sempit (angka aperture sekecil-kecilnya) sehingga objek yang di foto akan kelihatan terpencil dari background, sehingga ruang fokus hanya akan berada pada subjek saja sementara background kelihatan kabur.
  1. Mode Macro (biasa dilambangkan dengan ikon bunga)
    Mode ini diperlukan saat kita ingin mengambil foto benda-benda kecil dari jarak dekat (close-up). Dengan mode ini, kita boleh mendekatkan  ujung lensa sedekat-dekatnya (biasanya antara 2-8 cm dari objek) sehingga benda sekecil apapun akan terlihat cukup besar dan detail.Namun jika kita ingin mendapatkan gambar yang lebih zoom kita boleh menggunakan lens khas macro lens atau sekurang-kurangnya lens converter macro.
  1. Mode Sport (biasa dilambangkan dengan ikon orang berlari) Mode ini adalah untuk membekukan pergerakan objek. Di mode ini, kamera akan memperkecil shutter speed sekecil mungkin sehingga ketika membidik subjek bergerak  foto yang dihasilkan akan tetap tajam. Flash akan dimatikan dan hanya bekerja saat cahaya cukup. 
  1. Mode landscape (biasa dilambangkan dengan ikon gunung) Mode ini adalah lawan kepada mode portrait. Kamera akan menggunakan angka aperture sebesar mungkin, sehingga bidang fokus foto (Depth of Field – DOF) boleh seluas mungkin. Dengan begitu  keseluruhan bahagian foto dalam frame akan tajam. Sesuai namanya, mode ini dipakai saat kita memotret pemandangan alam, namun juga bisa digunakan saat memotret orang namun kita ingin background tetap terlihat tajam. 
  1. Mode Night (dilambangkan dengan ikon bintang atau bulan) Mode ini di design untuk bekerja dalam kondisi cahaya yang minima, samaada  malam ataupun kita berada dalam ruangan yang samar.  Kamera akan menaikkan ISO supaya dalam kondisi samar pun sensor masih mampu menangkap cahaya dengan baik, mode ini juga berusaha membuat shutter speed yang lebih lama sehingga gambar tidak terlalu kabur dan biasanya secara automatik flash kamera akan ikut menyala.
  1. Mode TV: Anda boleh freeze gambar atau menjadikannya kabur. Sesuai digunakan untuk mengambil gambar air mengalir,air terjun dan air pancut. Air akan kelihatan cantik seperti kapas jika anda menggunakan shutter speed yang perlahan misalnya 1/30 berbanding air akan kelihatan berhenti jika menggunakan shutter speed yg laju misalnya1/2000. 
  1. Mode AV: Membolehkan anda memilih latar belakang kelihatan tajam atau kabur. Pemilihan aperature yg tinggi misalnya f32 membolehkan latar belakang kelihatan tajam dan jelas manakala pemilihan aperature yg rendah seperti f5.6 menjadikan latar belakang kabur.terpulang kepada anda.
  2. Mode A-DEP: Membolehkan bahagian depan dan latar belakang gambar fokus secara automatik. Semua AF point akan berfungsi untuk mengesan objek.
  3. Mode Fireworks:Tanpa flash, shutter speed diset  untuk merekam pergerakan percikan bunga api dengan baik. Mode ini sebaiknya diimbangi dengan memakai alat bantuan untuk menstabilkan kamera supaya tidak goyang, misal tripod.
  4. Mode P: Untuk mendapatkan pendedahan yang terbaik terhadap subjek. Kamera akan secara automatiknya set aperature dan shutter speed sendiri. ianya juga dikenali dengan Program AE
  5. Mode M: Pengawalan sepenuhnya dari anda termasuk aperature dan shutter speed.